Wednesday 9 January 2013

Pengenalan

MASJID  DR. HAJI MOHAMMAD EUSUFF TEH terletak di Kampung Batu 3 Pedas Hilir iaitu di Jalan Utama Pedas - Linggi. Masjid ini terletak cuma 1.5 km dari Tol Pedas – Linggi Lebuhraya Utara Selatan. Masjid ini  telah didirikan di atas Tanah Rizab Masjid di Lot 3033  seluas 0.99798 hektar (2.42114 ekar) Mukim Pedas Hilir. Tanah tersebut telah diwartakan sebagai Rizab Masjid melalui WK.NS 37/30.1.2003. Pembinaan masjid ini telah pun menelan belanja RM 2.8 juta (walaupun anggaran asal cuma RM 2.5 juta ). Masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarham Dato’ Seri Dr. Haji Mohammad Eusuff Teh melalui keluarga / anak lelakinya Ybhg. Dato’ Mohd Raihan bin Dato’ Seri Dr. Haji Mohammad Eusuff Teh kepada pemegang amanah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus. Penyerahan masjid ini telah disempurnakan pada hari Jumaat 19 November 2010 M bersamaan 12 Zulhijjah 1431 H. Pada hari itu juga diisytiharkan Pengisytiharan Masjid dan Solat Jumaat oleh Sohibus Samahah YBhg. Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.